
|
D'Boss! ![]() Scream! ![]() ! Credits!
| Salam Ramadhan .
Assalamualaikum
Ramadhan kali ini mahu aku jalani dengan penuh ikhlas, mahu aku hiasi dengan penuh ibadah, walau tanggungjawab lain sudah siap sedia tergalas di bahu . Ramadhan kali ini, aku mahu lakukan sunat yang banyak aku tinggalkan, dan Ramadhan kali ini juga, mahu aku cuba buangkan segala sisa rasa negatif, segala sisa rasa keparat, dan mahu aku kunci sembilan nafsu terus . Insya-Allah . Ramadhan kali ini, mahu aku konsisten, mahu aku cuba istiqamah . mahu aku kejar lailatul-Qadr . memang, berkata saja tidak punya apa, Insya-Allah, aku cuba, kita cuba. kay ?
Alhamdulillah, kita masih berjumpa untuk kali ini . dan semoga aku dipermudahkan segala urusan ku .
Maaf atas segala khilaf, maaf atas segala kekurangan, terkadang aku berkata tanpa berfikir, aku bertindak tanpa terduga . Maaf semua .
-Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,Apabila bulan Ramdhan telah datang,maka dibukalah pintu-pintu syurga,ditutup lah pintu-pintu neraka,dan diikatlah para syaitan . selamat berpuasa semua . p/s : semoga kita semua berjumpa malam penuh berkah . semoga kita berjaya ubah diri . semoga juga kita berjaya padamkan sisa-sisa sisi hitam . Semoga Allah redha, semoga Allah berkati. Amin. Sha-sha |