
|
D'Boss! ![]() Scream! ![]() ! Credits!
| Kenduri kat rumah lecturer
Assalamualaikum and hai readers . Fuhh ! Fuhh ! berhabuk weyhhh blog aku . lama aku tinggalkan tanpa berpenghuni hahaha . Entry aku kali ini tentang hari sabtu lalu baru hari ini aku ada masa nak menghapdate . sebabs aku sibuk dan sebabs lain aku sakit. Hari sabtu lalu bersamaan dengan 07 Julai 2012 lecturer kami jemput aku serta classmate aku datang rumah dia. Lecturer minta kami datang ramai-ramai. Ada kendurilah katakan kat rumah dia ya lah dah nak masuk bulan ramadhan kan ? memang excited tunggu . Lecturer suruh datang awal jam 11 gitulah sebabs nak kami tolong-tolong apa yang patut . orait kami ni student yang berdisiplin lah lebih kurang macam tu so kami pun datang on time . puih aku rasa nak muntah hahaha . Kami sampai memang dah ramai jugaklah orang kat rumah dia tu . saudara-mara lecturer kami . kenduri besar-besaran . entahlah aku rasa ja kot sebabs memang besarlah . time sampai tu kami duduk dulu breakfast . ceh bunyi macam lain saja kan? emm pendek kata minum-minum ja . Saudara-mara beliau dari yang datuk hinggalah ke cucu cicit hehehe . saudara beliau memang mesra alam gitu lol ! lepas minum-minum macam biasa ambil tugas masing-masing . aku rasa enjoy pulak kerja ramai-ramai macam tu . aku terus ingat nak balik kampung . almaklumlah aku ni orang perantau di negeri orang hehehe . eh dah cukup-cukup tak pasal-pasal aku nak touching pulak . Macam biasa ada anak buah beliau gurl and boy ewah ! ada yang still di alam persekolahan dan ada yang baya-baya kami juga budak U . Puih ! dah abaikan . ok aku tengok budak lelaki kat belakang panggang ikan . ikan apa tak yah nak tanyak aku . sure aku tak tahu hahha . kami gurl-gurl ne bukan sekadar jeling-jeling pandang-pandang kita orang tolong juga tau hehehe . memupuk semangat kerjasama dalam kalangan classmate kami yang dah macam family ne . Dalam 18 minit macam itu muka aku dah merah . panas kot yalah kuat bara api tu hehehe . so aku duduk kat tepi-tepi yang jauh sikit dari tempat dia orang tak adalah jauh sangat still boleh bercerita pon . cuma tak panas . tanpa aku sedar ada someone ne datang duduk kat sebelah aku . dia menyapa "Merah dah muka sha-sha , macam pakai make up" aku terus blur dari mana pulak mamat ne tahu nama aku . penuh tanda soal kepala aku ne . Lepas tu aku berdiri dan tinggalkan dia seorang . dia tegur aku kenapa aku jalan so aku katalah tak baik orang nampak aku duduk bedua dengan diakan ? lagi-lagi aku kat rumah uncle dia . emm nasib dia faham hahaha . lepas siap panggang ikan tiba-tiba lecturer keluar panggil aku suruh tolong anak buah beliau ajar cara nak lapik meja makan yang kat luar untuk letak makanan . dia kata tolong farid . farid ? siapa farid ? aku pun buat dek saja . aku keluar lepas tu barulah aku tahu oh farid kah nama dia ? aku tak tahu pun hahaha . Dia perkenalkan nama dia . dialog kami . Farid : Shahidatulkan ? nak panggil apa ya ? shasha kah ? Aku : Mana tahu nama aku ne ? ya panggil shasha ja Farid : Oh ! uncle aku bagitahu . cantik nama cuma nak putus nafas untuk sebut (senyum ) Aku : Thanks , emm tak payah nak sebut semua . memang alamatnya putus nafas ! Farid : My name is Farid Hisham . just call me farid . Aku : ow ! (apasal mamat ne mahu kenalkan nama dia kat aku) Farid : Sha-sha ne cantik orangnya (senyum) Aku : ............................. (dalam hati aku , aku tahu aku cantik tak payah nak puji lebih-lebih hahaha) Farid : Kenapa shasha diam saja ne ? Aku : ................ (buat2 tak dengar) Emm aku pelik juga dengan dia ne . asyik nak bawa aku bercerita saja . lol ! aku berusaha nak cepatkan siap lapik meja tu dia pulak sibuk nak kenalkan diri . aku tak tahu apa yang dia nak sebenarnya . Akhirnya siap juga kerja kami tu . lecturer suruh pergi surau untuk solat . bestnya dapat solat berjemaah . surau tu tak jauh pun dari rumah lecturer kami . lecturer suruh naik kereta tapi memandangkan surau tu dekat kami jalan kaki ja ramai-ramai . macam rombongan nak naik meminang ja hehehe . nasib semua ingat bawa telekung . ewah memang dah kena suruh bawa telekung pun sebabs dah rancang nak solat sama-sama . someone call my name . suara yang aku tak seberapa kenal . toleh punya toleh alamak apasal pulak mamat ne ikut sama . aku pun buat dek dan meneruskan jalan semula . dia kejar aku tanpa aku sedar dah kat sebelah aku . rimas jugak aku rasa mana taknya kawan-kawan aku semua ada . takut mulut manusia entah apa-apa cerita dia orang produce . Tidak lama tu sampai juga kami kat surau tu . Tanpa buang masa kita orang solat . lepas tu balik dan benda yang sama berlaku masa datang dan balik . memang aku tak selesa . aku diam ja . Sampai kat rumah lecturer macam biasa kami buat kerja apa yang patut . maghrib aku minta balik kejap sebabs aku rasa badan aku ni dah melekit so aku nak balik mandi . 7.36 p.m aku tiba semula kat rumah lecturer aku . ok kenduri start lepas maghrib . lepas tu makan ramai-ramai . kami yang masi kira muda mudi ni kat luar . bestnya malam-malam kat luar makan . bercerita bagai . time tu aku layan si farid tu dah macam ok2 . aku taklah membisu sepanjang masa . entah-entah dalam hati dia aku ne deaf ka apa . Astaghfirullah aku ne menuduh membabi buta lol ! Lepas makan kita orang bercerita kat luar tapi dengan ramai-ramai ok ? dia cerita kat aku dia study kat UNIMAS . Pfftt ! neighbor U aku rupanya dia ne . Tapi dia dah degree lah . Dia tua dua tahun dari aku . Dia banyak cerita tentang diri dia . aku dan kawan-kawan lain hanya pendengar setia . ewah bila pulak aku jadi pendengar setia ne ? kay forget it ! Lepas tu sesi sayonara hehehe . ok aku ikut kawan aku dia drive . farid ikut keluar sampai pagar lecturer kami . sebelum aku naik kereta dia panggil aku . Farid : Sha-sha . .kejap farid ada nak tanya . AKu : Emm . kenapa ? Farid : Boleh farid minta no ? so easy untuk farid contact . Aku : Emm contact ? what for ? Farid : Nothing . farid saja nak no sha-sha . boleh kan ? Aku : Assalamualaikum . (Aku terus masuk kereta tanpa menghiraukan dia) Emm aku bukan sombong but aku rasa aku perlu jaga hati someone . tak kan lah aku senang-senang nak bagi no aku kat lelaki yang baru aku kenal sehari kan ? lagipun buat apa aku dan dia nak becontact pulak . who knows dia ada gf and gf dia dapat tahu mesti gf dia sedih dan mungkin aku boleh jadi mangsa . so aku rasa tak perlu . memang dia ada bagitahu dia tak ada gf . dah break dua tahun lalu dan sampai sekarang dia masi single . but itu mulut lelaki . tak kan aku nak percaya bulat-bulat kan ? lagi pun aku baru kenal dia . lebih-lebih lagi aku dah ada bf . aku tak mahu anything happen . ok aku nak tegaskan di sini bukan aku kata aku tak percaya kaum adam but segelintir memang ada yang menipu kan ? so langkah berjaga-jaga . aku tak bagi no aku . and one more thing aku sayang bf aku tau hehehe . Kawan aku kata aku jahat . jahat kah ? hahaha . salahkah untuk aku setia dengan hubungan aku sekarang . aku harap ini yang first dan terakihir buat aku . |