Like A Dream
D'Boss!

Hye readers ! I am Shasha. You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. I am a person who is positive about every aspect of life. There are many things I like to do. If you are interested in knowing more. Do follow my blog. Do not expect too much and keep your sense of humor . Thank you..



Entries AboutLinkies Stuff


Scream!

.

!

Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Thank God

Assalamualaikum and hello readers..................................

Entry aku buat hari ini mengenai apa yang berlaku pada aku semalam . Thank God tidak ada apa-apa yang berlaku . Sebelum ini ramai kawan-kawan cerita about "PUKAU" tapi aku tak pernah percaya benda-benda macam ini . for me sekarang ni kan zaman moden mustahil lah ada lagi semua itu . Nonsense !







Mari ikuti cerita aku dengan lebih detail . kelmarin hari sabtu so tidak ada kuliahlah ceritanya . aku apa lagi bejoli sakanlah dengan kengkawan hahaha . pagi aku jalan teman kawan beli barang kat kota samarahan . jam 12 lebih kami call classmate ajak lunch kat Secret Recipe haha . nampak tak kami ni bajet kaya ? ok aku tipu lol ! . kita orang pun ramai-ramai lunch kat Secret Recipe . lepas lunch dia orang ajak tengok wayang .


Ok kami tengok wayang kat MBO Spring Mall . lepas habis tengok wayang kami jalan-jalan lagi . jam 4 lebih aku pun balik dengan kengkawan . on the way balik Lecturer aku call nak ajak pegi jogging . aku kata ok kami tunggu kat campus .


Lepas jogging lecturer ajak makan tomyam . pergh ! rezeki jangan di tolak balak jangan di cari . tapi aku pulak dah tak larat untuk makan lagi . aku kenyang sangat-sangat . aku just join dan minum saja . tengah syok berbual my aunt call nak ajak keluar . so kami pun cepat-cepat makan dan dia orang hantar aku balik .


sampai ja rumah tidak sempat pun tukar baju . turun ja dari kereta terus naik kereta aunt lagi . rasa badan ni sudah bau sangat haha . tapi tak lah bau mana pun ok ? hehe .


Aunt kata nak bawa dinner oh my God sungguh aku tak larat . dengar makan pun aku sudah rasa muak . tapi if aku tak ikut nanti dia orang small heart pulak kan ? aku ni jagalah juga so aku hanya memaksa diri walau aku sebenarnya dah nak pengsan . schedule macam Agong . sumpah aku penat sangat .


Lepas makan tu uncle aku pegi ambil kereta sebab dia parking agak jauh . so aku dan aunt aku tunggu depan restoran tu . aunt aku betelefon dengan aunt aku yang di KL . aku pulak berdiri dan memerhati keindahan bandar kuching yang sangat indah, tidak terungkap dengan kata-kata . pffttt ! ayat aku sastera lol !


Dalam aku tidak sedar rupanya ada seorang lelaki memerhatikan aku . ok aku berfikiran positive ja . biasalah tu lelaki pandang-pandang perempuan yang comel macam aku ni haha . ceh aku puji diri sendiri tapi ya lah mesti ada special kot kat aku ni tu pasal pandangan dia tak lari-lari asyik renung aku dari jauh haha .


aku ignore dia . macam biasa aku buat bila aku jalan dan aku jadi tumpuan khalayak ramai aku buat tak tahu ja aku tahu aku sangat comel so aku ala-ala jadi model bila jalan hehe . who knows aku jadi ratu cantik one day . abaikan aku saja puji diri >.<


Tanpa aku sedari lelaki yang memerhatikan aku tu sudah menghampiri aku . aku agak tekejut jugak . dia tanyak aku


Lelaki misteri : Adik, boleh tumpang tanyak ? hotel yang murah-murah di sini hotel apa ya ?


Aku : Emm maaf saya pun tidak tahu sangat sebab saya ni bukan orang sarawak pun just study sini .


Lelaki misteri : Oh ya kah ? abang ni baru datang kuching so mahu cari hotel . adik ni asal mana ?


Aku : Saya asal sabah .


Lelaki misteri : Oh tak apa lah kalau macam itu . mari ikut abang .


Aku pun tanpa sebarang pertanyaann aku mula ikut dia . sumpah aku tak sedar yang aku ikut dia . aku ikut dia agak jauh jugaklah . dalam 300M aku ikut dia dari belakang . nasib aunt aku perasan time tu dan dia sempat tarik tangan aku .lepas tu aku sedar . aunt aku tanyak kenapa aku ikut lelaki tu . aku pun kata dia suru tadi ikut dia . aunt aku diam dan bawa aku balik rumah .


Ya Allah aku rasa macam dah tak ada semangat . aku tepikir apa yang akan jadi pada aku if aunt aku tak ada atau tidak perasaan pada masa tu . dan sekarang barulah aku percaya PUKAU-PUKAU ni .


Pengalaman aku ni aku ambik secara positive .  mungkin Allah mahu tunjukkan aku yang pukau2 ni memang ada . sebab sebelum ni aku langsung tak percaya . so maybe kelmarin itulah Allah mahu tunjukkan pada aku .
Ya Allah lindungi aku daripada anasir-anasir jahat ini . sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah . meminta perlindungan hanya dari-Mu . kerana hanya Engkau Yang Maha Esa . penakluk seluruh alam .
Apa-apa pun syukur sangat sebab tak ada apa-apa yang berlaku .