
|
D'Boss! ![]() Scream! ![]() ! Credits!
| Jangan disalah ertikan keikhlasanku
Assalamualaikum w.b.t.
![]() Maafkan aku . aku semakin hampir untuk GIVE UP! aku penat dengan semua ini . kalau begini hubungan kita apalah gunanya aku pada kau? kehadiran aku dalam hidupmu macam tidak dihiraukan . aku sentiasa bagi kau peluang tapi kau tidak nampak semua itu . dan sekarang tahap kesabaran ku sudah hampir kemuncaknya . aku memang sayang kau sangat-sangat tapi bila hampir setiap hari kau buat aku begini buat aku BERFIKIR . aku juga mahu hubungan kita macam orang lain . tapi kau tidak pernah faham aku . aku cuba yang terbaik tapi kau seolah-olah tidak nampak itu semua . Kenapa kau buat aku begini? apa salah aku? kalau kau tidak sayang aku please let me know . aku terima jika kau tidak sayang aku dan susah untuk kau terima aku dalam hidupmu . kenapa kau sentuh hidup aku kalau begini kau buat pada aku . Cinta itu terlalu indah sebenarnya . so apa yang aku faham cinta memang indah . tapi bila aku dalam dunia cinta . aku tidak rasa keindahan cinta itu . dan aku juga faham kenapa cinta jadi sakit sebab manusia yang membuatkannya jadi pahit . manusia yang tidak tahu menghargai cinta . Aku rasa biarlah kita stop disini saja . aku sudah cukup menanggung sakit ini . kalau kau terus buat aku begini tak apalah aku undur diri . aku minta maaf sebab tidak sempurna . aku tidak layak mendampingi kau agaknya . Aku harap bila aku dalam dilema begini kau stop layan aku begini . aku takut aku betul-betul tidak tahan . bukan aku mahukan perpisahan antara kita aku tidak inginkan perpisahan tapi kalau begini cara kau layan aku . biarlah aku pergi dari hidup kau buat selamanya. mungkin aku bukan perempuan yang macam kau mahukan . aku bukan pujangga yang pandai bermadah pujangga . kau carilah perempuan lain yang kau boleh buat macam ini . Aku terlalu sayang kau . tapi fahami aku juga sayang . ketahuilah yang aku juga ada perasaan yang pandai terguris . aku bukan kuat sangat kadang-kadang aku lemah . aku tidak mahu kehilangan kau . sebab itu aku cuba bertahan dengan kerena mu . aku ikut segala rentak mu . sampaikan aku abaikan diri aku sendiri . aku tidak pedulikan perasaan ku walau aku memakan hati sendiri berperang dengan perasaan sendiri . Sayang sebelum aku pergi dari hidupmu tolong faham dan hargai aku . setakat ini aku masih boleh bertahan tapi secara jujur aku memang hampir give up sudah ni . perasaan sayang yang 100% terhadapmu dulu sekarang tinggal fifty-fifty . maafkan aku sayang . tapi cukup-cukup aku berperang dengan perasaan sendiri . Aku mahukan hubungan ini berpanjangan aku akan cuba bertahan lagi tapi bila tiba masanya aku betul-betul give up aku minta maaf sebab mungkin sampai situ sahaja . sayang aku bagi peluang ini please appreciate sebelum kau terlambat . sekali aku berundur memang susah sudah untuk aku kembali . apatah lagi dengan hati aku yang sakit . Moga kau sedar keikhlasan dan ketulusanku ini . sayang jangan kau salah ertikan semua ini . i really mean it syg :'( ( entry aku yang aku copy dari blog lama aku ) |